|
HARGA KEHIDUPAN INI |
Sesungguhnya kehidupan adalah bersifat sementara.Semua makhluk yang bernafas dan bergerak di muka bumi ini akan mati dan terhenti serta terbatas juga dengan hukum dan ketentuan Allah yang maha perkasa dan menguasai segalanya.
Apa juga tanggapan yang tercatat melalui buku sejarah dan kajian orang yang mempersoal tentang kaji hayat sama ada manusia atau makhluk hidup yang lain termasuklah kajian tentang alam mistik dan ghaib.Kajian tentang cakrawala dan luar bumi nyata.
Sehingga pada zaman permulaan kemajuan tamadun manusia kepada kecanggihan masa kini tidak ada sesiapa yang dapat mencongak atau dapat menghampiri kenyataan dan realiti bahawa kemusnahan dan kematian adalah milikk Allah.
Manusia boleh berbuat apa sahaja dengan izin Allah.mencipta kemajuan yang terkadang mencabar minda manusia cendekiawan,akhirnya berbalik juga kepada kekerdilan manusia pintar.
Penyakit ada ubatnya,jarak jauh dapat didekatkan jarak dan masa perjalanan,bulan di angkasa lepas telah diterokai begitu jauh dan mendalam namun penerokaan ke dalam perut bumi adalah terbatas,penerokaan ke dada lautan tidak sampai ke mana.
Sesuatu yang jauh dan amat sukar didekati oleh pemikiran dan teori manusia adalah KEMATIAN bagi semua makhluk yang hidup di muka bumi ini.Satu kemestian tidak ada kuasa yang dapat menghalangnya daripada mendatangi kepada sesiapa yang bergelar makhluk yang hidup.
|
MENCARI ERTI KEHIDUPAN |
WAHAI MANUSIA, SIAPAKAH KAMU
Oleh Asy Syahid Al Imam Hassan Al Banna
Terjemahan: Mimbar Jumu'ah.
“Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (dengan berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang telah menciptakan kamu dan menyempurnakan kejadian kamu dan menjadikan (susunan tubuh) kamu seimbang dalam bentuk apa sahaja yang dikehendaki. Dialah yang menyusun tubuhmu."
(Surah Al Infitar ayat 6 – 8)
1. Adapun orang-orang yang beriman mengatakan;
Kamu adalah merupakan satu penciptaan Allah s.w.t, suatu tiupan suci dari sisi Allah s.w.t. Allah s.w.t menjadikan kamu dengan kekuasaanNya. Ditiup Nya ke dalam diri kamu dengan roh dari sisiNya. Dimuliakan kamu dari seluruh makhluk Nya yang lain. Seluruh malaikat telah sujud kepadamu. Allah s.w.t telah mengajar kepadamu segala sesuatu. Diletakkan di bahu kamu amanah, lantas kamu pikul. Dilimpahkan ke atas kamu nikmat-nikmat dari sisiNya baik yang zahir maupun batin. Dijadikan untuk kamu seluruh isi langit dan bumi. Dimuliakan kamu dengan setinggi-tinggi kemuliaan. Diciptakan kamu dengan sebaik-baik penciptaan. Dipersiapkan kamu dengan sesempurna persiapan. Diberikan kepadamu pendengaran, pengelihatan dan hati. Dijelaskan kepadamu dengan dua jalan (buruk dan baik) dan ditunjukkan kamu dua persimpangan. Dipermudahkan kepada kamu dalam membuat pilihan terhadap jalan-jalan tersebut. Dengan izinNya dan penciptaanNya, kamu dapat terapung di air dan terbang di udara bahkan dapat memecahkan atom-atom. Dengan fikiran dan kemampuan kamu, kamu dapat melampaui lapisan-lapisan awan dan langit (serta bumi).
Lantaran itu adakah lagi penciptaan dan kejadian yang lebih mulia, lebih suci dan lebih agung dari penciptaan Rabbani ini?.
Seterusnya hidup kamu yang singkat di dunia ini tidak akan berhenti setakat itu sahaja, kamu akan dihidupkan dan dibangkitkan kembali. Kamu akan dihimpunkan semula, kamu akan menempuh hidup baru dengan penuh kemuliaan di dalam satu negeri yang penuh dengan kenikmatan dan kebaikan, dengan syarat kamu mengerti rahsia kamu dijadikan dan seterusnya pula kamu beramal dengan penuh keikhlasan semata-mata kerana Allah s.w.t, Al Ma’bud, Al Khaliq. Firman Allah s.w.t:-
“ Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk pengabdian kepadaKu. Aku tiak menghendaki rezeki sedikitpun dari mereka dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi Aku makan “
(Surah Az Dzariyat ayat 56 – 57)
Kematian yang dibimbangi dan ditakuti itu tidak lain melainkan hanyalah satu perpindahan daripada hidup di dunia ini kepada kehidupan yang satu lagi. Firman Allah s.w.t:-
“ Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan jika mereka mengetahui. “
(Surah Al Ankabuut ayat 64)
Jasad kamu tidak lain adalah seolah-olah satu sangkar dan jiwa kamu terkurung di dalamnya. Seolah-olah dalam satu pakaian terhadap jiwa kamu, sehingga sampai kepada satu ketika dimana kamu menemui kematian. Semoga Allah s.w.t merahmati orang-orang yang Arif yang berkata:-
Akulah burung dan inilah sangkarku (jasadku)
Bila ku terbang darinya, tinggallah ia terkatung-katung,
Pakaian adalah masa,
Kini ku merindui peluang
Dapat ku bertemu Allah dengan sebenarnya
Jangan kau kira maut itu adalah kesudahan,
Bahkah hanya dari sini (dunia) ke sana (akhirat)
2. Sebaliknya orang-orang Materialis dan suka membantah akan berkata;
Kamu wahai manusia, hanyalah satu genggaman tanah, berasal dari setitik mani yang terperangkap di dalam rahim. Dengan masa, lama kelamaan kamu akan luput dan fana. Tidak ada apa-apa lagi selepas itu. Siapakah yang dapat menghidupkan tulang belulang yang telah hancur luluh. Demikianlah kata orang yang terdahulu dari mereka. Firman Allah s.w.t:-
“ Dan mereka berkata : Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa dan mereka sekali-kali tidak mempunyai pengetahuan tentang itu, mereka tidak lain hanyalah menduga-duga sahaja . “
(Surah Al Jathiyah ayat 24)
Orang-orang yang terkemudian dari mereka pula berkata ‘ Diri kamu hanyalah adunan unsur-unsur bumi dan kehidupan kamu adalah peredaran sistem-sistem fisiologi semata-mata. Segala sentimen, perasaan dan kewujudan, juga fikiran dan kudrat, bahkan keazaman dan kemahuan hanyalah kesan dari adunan unsur-unsur bumi dan natijah dari percampuran tanah dan air. Kehidupan itu hanyalah pusiangan hari-hari tertentu yang dapat kamu mengambil kesempatan untuk kamu berseronok-seronok dan berfoya-foya.
Sesungguhnya dunia ini adalah makan, minum dan tidur. Bila ini semua luput maka selamat tinggallah dunia.
Wahai saudara, itulah permasalahan hidup yang sebenarnya jika kamu perhatikan dengan betul-betul. Jika kamu renungkan dengan betul-betul, kamu tidak akan tergolong ke dalam golongan orang-orang yang lalai dan leka dengan kewujudan mereka, yang tidak mengambil berat terhadap kewajipan insaniyah mereka. Kamu akan menjadi orang-orang yang sedar terhadap matlamat hidup kamu dan jalan mana yang kamu harus tempuhi.
Seperkara yang inginku nasihatkan kamu;
Ambilah peluang untuk bersendirian seketika di waktu malam atau siang. Pergunakanlah ia untuk merenung dengan sedalam-dalamnya terhadap kehidupan individu dan jamaah. Apabila kamu telah mencapai hakikat pandangan yang pertama tadi, iaitu pandangan orang-orang yang beriman, kamu akan dapat menyedari dimanakah kamu yang sebenarnya. Sesungguhnya kamu akan dapat meningkatkan dirimu kepada matalamat sebenarnya, seterusnya kamu menuju Allah s.w.t Yang Maha Agung. Kamu akan mensucikan dirimu dengan mengingatiNya, mentaatiNya, muraqabah kepadaNya dan sentiasa takutkanNya. Sesiapa yang mengenali dirinya nescaya ia akan mengenali Tuhannya, Janganlah kamu merasa anih jika terdapat orang yang memilih pandangan kedua, pandangan orang-orang yang sesat, kerana di sana ada dua jalan iaitu Jalan Fitnah atau jalan Hidayah. Firman Allah s.w.t:
“Maka tatkala mereka melupakan apa yang diperingatkan kepada mereka, Kami selamatkan orang-orang yang melarang dari perbuatan jahat dan Kami timpakan kepada orang-orang yang zalim siksaan yang keras disebabkan mereka selalu berbuat fasiq. Maka tatkala mereka bersikap sombong terhadap apa yang dilarang mereka dari mengerjakannya, Kami katakan kepadanya : Jadilah kamu kera yang hina”
(Surah Al ‘Araaf ayat 165 – 166)
Semoga Allah s.w.t menunjukkan kepada kita sebaik-baik jalan dan petunjuk yang lurus.
NILAI HIDUP MENURUT ISLAM
Mujahid Fathi Yakan di dalam kitabnya, Ma za Ya’ ni Intimai Li al Islam telah menyatakan bahawa di dunia ini terdapat tiga kategori manusia:
Kategori Pertama
Golongan yang hidup hanya untuk dunia semata-mata. Mereka dinamakan sebagai golongan ad Dahriyyun. Sikap mereka jelas seperti yang dinyatakan di dalam al Quran :-
“Dan tentu mereka akan mengatakan (pula): ‘ Hidup hanyalah kehidupan kita di dunia saja, dan kita sekali-kali tidak akan dibangkitkan”
( Surah Al An’aam: 29)
Kategori Kedua
Golongan yang telah hilang pedoman, terumbang ambing, aqidah bersimpang siur, mereka melakukan kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah s.w.t dalam kehidupan duniawi. Namun mereka masih menyangka mereka berbuat kebaikan. Meskipun mereka mempunyai kepercayaan kepada Allah s.w.t dan Hari Qiyamah tetapi aqidah mereka hanyalah gambaran luar semata-mata yang terputus hubungan dengan aktiviti atau amalan hidup mereka. Mereka itu pada hakikatnya berfahaman kebendaan (materialis) walaupun kadangkala mereka melakukan kerja-kerja yang berbentuk kerohanian.
Kategori Ketiga
Golongan yang menganggap bahawa dunia ini sebgai ladang tanaman untuk mendapat hasilnya di akhirat kelak. Golongan ini benar-benar beriman dengan Allah s.w.t. Mereka mengetahui hakikat hidup serta nilai dunia berbanding dengan Hari Akhirat. Allah s.w.t membandingkan mereka seperti dalam FirmanNya:
“Dan tiadalah kehidupan dunia ini selain dari main-main dan senda gurau belaka. Dan sungguh kampung akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa. Maka tidakkah kamu memahaminya ?"
(Surah Al An’am : 32)
Mereka yang benar-benar beriman menganggap dunia sebagai medan perlumbaan untuk mentaati Allah s.w.t dan mencari keredhaanNya. Seluruh bidang hidupnya (ilmu, perniagaan, kekayaan, rumah, masa dan fikiran) diarahkan kepada Jalan Allah s.w.t..
Bagi menjamin supaya urusan hidup ini terarah menurut lunas-lunas Islam maka sewajarnya difahami dan dihayati beberapa kewajipan iaitu:-
a. Mengetahui matlamat hidup. Firman Allah s.w.t:
“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu”
( Surah Adz Dzaariat : 56)
b. Memahami nilai dunia berbanding dengan nilai akhirat. Firman Allah s.w.t :-
“Hai orang-orang yang beriman , apakah sebabnya apabila dikatakan kepada kamu: berangkatlah (untuk berperang pada jalan Allah) kamu merasa berat dan ingin tinggal ditempatmu?. Apakah kamu puas dengan kehidupan di dunia sebagai ganti kehidupan di akhirat? Padahal kenikmatan hidup di dunia ini (dibandingkan dengan kehidupan) di akhirat hanyalah sedikit”
(Surah At Taubah : 38)
c. Mengetahui hakikat kematian dan mengambil pengajaran daripada kematian yang pasti berlaku kepada setiap manusia. Firman Allah s.w.t:-
“Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barang siapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan”
( Surah Ali ‘Imran : 185)
d. Mengetahui benar-benar akan hakikat Din Al Islam dengan cara mempelajari dan mendalami dasar-dasar dan hukum-hakamnya.
e. Mengetahui hakikat jahiliyyah, iaitu dengan meneliti ciri-ciri pemikiran, aliran dan perancangannya. Disamping itu mendedahkan akibat serta keburukan Jahiliyah. Dengan memahaminya barulah orang-orang beriman tidak terperangkap ke dalam jaring-jaringnya. Ini selaras dengan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum, ia terselamat dari tipu daya mereka”
Neraca Dalam Kehidupan
Dalam pegangan hidup manusia, hendaklah diambil neraca dan nilai syara’ dan tidak seharusnya diambil nilai-nilai yang lain. Kebaikan dan keburukan hendaklah diperhatikan menurut pandangan syara’ berdasarkan kepada kaedah:
“Yang Baik Ialah Apa Yang Dipandang Baik Oleh Syara’ dan Yang Buruk Ialah Apa Yang Dipandang Buruk Oleh Syara”
Terdapat banyak perintah Allah yang memerintahkan kita agar mengambil nilai syara’ dan melarang dari mengambil nilai yang lain daripada nilai syara’. Antaranya Firman Allah s.w.t:
“Kemudian Kami jadikan kamu berada di atas suatu syariat (peraturan) dari urusan (agama) itu, maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”
(Surah Al Jaatsiyah: 18)
“Ikutilah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikuti pemimpin-pemimpin selainNya. Amat sedikitlah kamu mengambil pengajaran (daripadanya)”
(Surah Al A’raaf : 3)
“Apakah kamu tidak memperhatikan orang-orang yang mengaku dirinya telah beriman kepada apa yang diturunkan kepaamu dan kepda apa yang diturunkan sebelum kamu?. Mereka hendak berhakim kepada thaghut, padahal mereka telah diperintahkan mengingkari thaghut itu. Dan syaitan bermaksud menyesatkan mereka (dengan) penyesatan yang sejauh-jauhnya”
(Surah An Nisaa’ : 60)
Terdapat keterangan yang memberi peringatan bahawa memilik dan berpaut kepada yang lain daripada nilai Islam merupakan, kesesatan dan menyimpang dari jalan Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t :
“Dan jika kamu menuruti kebanyakan orang-orang yang di muka bumi ini, niscaya mereka akan menyesatkanmu dari jalan Allah. Mereka tidak lain hanyalah mengikuti persangkaan belaka, dan mereka tidak lain hanyalah berdusta (terhadap Allah)”
(Surah Al An’aam: 116)
“Dan tidaklah patut bagi lelaki yang mukmin dan tidak pula bagi perempuan yang mukmin, apabila Allah dan RasulNya telah menetapkan suatu ketetapan, akan ada bagi mereka pilihan (yang lain) tentang urusan mereka. Dan barangsiapa mendurhakai Allah dan RasulNya maka sungguhlah dia telah sesat, sesat yang nyata.”
(Surah Al Ahzab: 36)
Nilai Yang Tetap
Nilai Islam adalah nilai yang tetap dan tidak berubah-ubah meskipun zaman beredar dan berubah. Dalam hal ini al Allamah Abu al’Ala al Maududi telah menyatakan daalam risalahnya, Ila Ayy Syai’Yad’u al Islam, bahawa Allah s.w.t tidak semata-mata menurunkan undang-undang tertinggi (Supreme Law) melalui RasulNya, bahkan diturunkan bersama-samanya nilai yang tetap (Thabitah = Permanent Values). Sesuatu yang telah ditetapkan baik di dalam al Quran dan Sunnah Rasul itu adalah baik selama-lamanya.
Demikian juga sebaliknya, sesuatu yang ditetapkan buruk itu, maka ia tetap buruk selama-lamanya. Begitu juga yang halal tetap halal dan yang haram tetap haram. Ketetapan tersebut tidak boleh dipinda, ditambah, dikurangkan atau dihapuskan. Hanya yang berani membuat pindaan dan pembatalan itu ialah golongan atau jamaah yang melepas dan membebaskan diri daripada Islam.
Hal yang sama juga telah dihuraikan dengan panjang lebar oleh As Syahid Sayyid Qutb dalam kitabnya yang sangat bernilai, Khasais at Tasawwur al Islami Wa Muqawamatuha, dalam satu tajuk, Ath Thabat (Nilai Yang Tetap). Perlu diperingatkan sekiranya ketetapan Allah s.w.t itu tidak dipatuhi maka akan berlakulah kerosakan demi kerosakan di alam ini.
Firman Allah s.w.t :
“Andaikata kebenaran itu menurut hawa nafsu mereka, pasti binasalah langit dan bumi ini, dan semua yang ada di dalamnya. Sebenarnya Kami telah mendatangkan kepada mereka kebanggaan (Al Quran) mereka tetapi mereka berpaling dari kebanggaan itu”
(Surah Al Mu’minuun: 71)
Nilai Allah
Islam telah ditetapkan oleh Allah s.w.t sebagai satu sistem hidup yang sempurna. Telah ditentukan bahawa penilaian yang tinggi dan keuntungan hanya diberikan kepada mereka yang beriman serta menghayati Islam dalam kehidupan mereka. Hal ini telah ditegaskan oleh Allah s.w.t dalam firmanNya:
“Demi Masa, Sesungguhnya manusia itu benar-benar berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan nasihat menasihati supaya menetapi kesabaran”
(Surah Al Asr : 1 – 3)
As Syahid Sayyid Qutb ketika menghuraikan ayat ini telah menjelaskan bahawa Iman merupakan dasar hidup yang amat penting bagi membuahkan hasil yang baik dan bernilai dalam seluruh cabang hidup. Mana-mana amalan yang tidak lahir dari keimanan, maka ia tidak bernilai di sisi Allah s.w.t. Allah s.w.t telah membuat perbandingan di dalam Firmannya :
“Orang-orang yang kafir kepada Tuhannya, amalan-amalan mereka adalah seperti abu yang ditiup angin dengan keras pada suatu hari yang berangin kencang. Mereka tidak dapat mengambil menafaat sedikitpun dari apa yang telah mereka usahakan (di dunia). Yang demikian itu adalah kesesatan yang jauh”
(Surah Ibrahim : 18)
“Dan orang-orang yang kafir amal-amal mereka adalah laksana fatamorgana di tanah yang datar, yang disangka air oleh orang-orang yang dahaga, tetapi bila didatanginya air itu dia tidak mendapatinya suatu apapun. Dan didapati nya (ketetapan) Allah disisinya, lalu Allah memberikan kepadanya perhitungan amal-amal dengan cukup dan Allah adalah sangat cepat perhitunganNya.”
(Surah An Nur:39)
Amalan Soleh itu adalah buah Iman, Iman itu hidup dan bergerak melahirkan amalan yang soleh. Inilah Iman Islam. Iman itu bergerak, bekerja dan membangun menuju kepada matlamat Ilahi. Ia tidak semata-mata tersimpan beku di lubuk hati. Ia juga bukan semata-mata angan-angan atau sekadar niat baik sahaja tanpa diamalkan.
Model
Model Islam sebenar yang tinggi dan agung telah lahir di zaman Rasulullah s.a.w dan para sahabat. Adalah perlu sekali kita mengambil contoh teladan mereka dalam usaha kita membentuk masyarakat kini. Generasi pertama tersebut telah memiliki sifat-sifat dan ciri-ciri penting hingga melayakkan mereka menjadi ummat terbaik.
Berikut disenaraikan beberapa ciri yang terpenting seperti yang dijelaskan oleh Al Allamah Abu al Hasan Ali al Husni an Nadawi dalam kitabnya, Maza Khasira al ‘Alam Bi Inhitat al Muslimin. Rumusan beliau ialah:-
a. Mereka berpegang teguh kepada Syariat Ilahi..Mereka sesekali tidak mencipta undang-undang menurut hawa nafsu mereka.
b. Mereka telah melalui proses Tarbiyyah (didikan) dan Tazkiyyah (pembersihan) jiwa dalam jangkamasa yang lama di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w hingga lahir sifat-sifat terpuji. Jawatan dan tugas disifatkan sebagai amanah dan ujian daripada Allah s.w.t , bukan kemegahan atau kebanggaan.
c. Perkhidmamatan mereka Lillah (kerana Allah s.w.t), tidak kerana yang lain. Mereka bekerja untuk mengeluarkan manusia daripada perhambaan sesama makhluk kepada perhambaan hanya kepada Allah s.w.t semata-mata. Kemuliaan hanyalah bagi orang-orang yang bertaqwa.
d. Mereka membina tamaddun yang soleh meliputi kemajuan rohani, jasmani dan aqli. Semua bidang hidup dikuasai oleh nilai dan akhlak Islam, meliputi bidang pentadbiran, ekonomi, sosial dan politik.
Sehubungan dengan itu juga Prof. Muhammad Qutb, pernah menjelaskan bahawa dasar hidup mereka dibina di atas kata-kata Allah sw.t.. seperti FirmanNya:
“Dan Allah telah berjanji kepada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal yang soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diridhaiNya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tiada mempersekutukan sesuatu apapun dengan Aku. Dan barangsiapa yang (tetap) kafir sesudah (janji) itu, maka mereka itulah orang-orang yang fasiq.”
(Surah An Nur : 55)
Erti memperhambakan diri kepada Allah s.w.t itu menurut tafsirannya ialah tetap berjalan di atas sistem dan peraturan Allah s.w.t. Inilah manhaj yang digunapakai oleh mereka dalam semua bidang kehidupan.
Demikianlah gambaran umum mengenai masyarakat Islam yang hidup menjunjung perintah-perintah Allah s.w.t yang disifatkan oleh Allah s.w.t sebagai umat terbaik dan menjadi model untuk seluruh manusia.
Apabila kita mendengar atau mengetahui atau disebutkan nama seseorang telah meninggal dunia maka kita sudah pasti melafazkan ungkapan daripadaNya kita datang dan kepadaNya jugalah kita kembali. Kita pula akan memberikan respon dan mengingati siapakah yang berkanaan,kita kenal kerana orang berkenaan kerana; 1. Pemimpin Negara \ahli politik 2. Raja dan kerabatnya 3. Pejuang Seni\karyawan 4. Penjenayah\pelampau 5. Imam\pendakwah 6. Orang biasa\penjawat awam yang berjasa\kaya raya 7. Tidak dikenali
Apa yang ditinggalkan oleh semua jenis watak dan kedudukan manusia di atas? a. Nama tercatat dalam buku sebagai sejarah hayat jika orang politik atau orang berpengaruh.Kematian disiarkan secara langsung melalui televesyen dan mengisi ruang dada akhbar,bukan sahaja di dalam negara tetapi di luar negara mengetahuinya. b. Diwar-warkan kisah hidup dari mula hingga puncak kerjaya dan berakhirnya hayatnya. c. Apa juga penampilan dan kedudukan seseorang itu sebenarnya realiti. d. Selama mana seseorang itu diingati atau ditonjolkan dalam apa juga bentuk dan cara bergantung kepada situasi.
|
Setelah saya menerima giliran,siapa yang akan mengingati?Yang pastinya adalah orang yang terdekat; a. Isteri b. Anak-anak c. Keluragaku\keluarga isteriku d. Rakan seperjuangan dalam pendidikan yang mengenaliku Apa yang mereka ingat tentang saya? 1. Isteri:-Ingat tentang aku adalah suaminya yang pernah mencurahkan kasih sayang sepenuhnya padanya. |