DALAM MEMORI ABADI

Kecenderungan saya pada masa sekarang adalah berkarya menggunakan teknologi.Saya amat berminat dan bolehlah sedikit-sebanyak membangungan laman web dan laman blog.Walau pun tidak setanding dengan oerng lain tetapi saya boleh melakarkan atau memaparkan apa saja bentuk maklumat untuk website dan blog. 

Harimau mati meninggalkan belang,manusia mati meninggalkan jasa

 

 

Kenangan bersama Dato Hj.Razali Ismail bekas pensyarah saya di
Maktab Perguruan Kent Tuaran Sabah pada 1985-1987.

Semoga Roh Allahyarham dicucuri rahmat daripada Allah A.S.W.T. Amin.

Walau engkau telah tiada namun jasa baktimu pada negara akan diabadikan dalam kalam sejarah.

Allahyarham YB. Dato’ Haji Razali Ismail dilahirkan pada tanggal 25 Jun 1949 di Kuala Berang, Hulu Terengganu. Allahyarham telah memulakan alam persekolahan di Sekolah Kebangsaan Kuala Berang pada tahun 1956 hingga tahun 1962. Allahyarham melanjutkan pengajian peringkat menengah rendah peringkat LCE di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang dari tahun 1963 hingga tahun 1965. Allahyarham meneruskan pendidikan peringkat MCE di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman Kuala Terengganu sehingga tahun 1967. Pada tahun 1968, Allahyarham telah melanjutkan lagi pendidikan peringkat HSC di sekolah yang sama dan tamat pada tahun 1969.

Pada tahun 1970, Allahyarham telah berjaya menyambung pelajaran di Falkulti Sastera Pengajian Sejarah Universiti Malaya dan memperoleh B.A. (Hons) pada tahun 1973. Pada tahun 1986 hingga tahun 1987, Allahyarham meneruskan pengajian peringkat sarjana di University of Birmingham dalam bidang “ Special Education Supervisor “. Kecemerlangan Allahyarham dalam pendidikan diteruskan lagi dengan mengikuti latihan-latihan professional di beberapa buah univeristi di luar Negara, antaranya University of Cambridge, UK (1991), University of Stanford, USA (1991), University of Wolverhampton, UK (1996), University of Cardiff, Wales (1997), University of Harvard, USA (2001 dan University of Victoria, New Zaeland (2002).

Allahyarham telah mendirikan rumahtangga dengan To’ Puan Hajah Nooraini bt. Lob Yusof dan telah dikurniakan lima orang cahaya mata. Kerjaya Allahyarham dalam kerajaan bermula pada tahun 1974 di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang sebagai guru siswazah. Pada tahun 1977, Allahyarham mula bertugas sebagai pensyarah Ilmu Pendidikan di Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu. Kemudian, dinaikkan pangkat sebagai Ketua Jabatan Pendidikan dan bertukar ke Maktab Perguruan Kent, Sabah pada tahun 1983. Pada tahun 1994 bertukar ke Maktab Perguruan Pasir Panjang sebagai Pengetua dan kemudiannya pada tahun 1998 bertukar ke Maktab Perguruan Kuala Terengganu sebagai Pengetua. Kerjaya beliau terus bersinar dan pada tahun 2001 telah dilantik sebagai Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu. Tanggal 1.1.2003 Allahyarham telah bertukar ke Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pendidikan Malaysia sebagai Pengarah. Allahyarham juga telah dilantik sebagai Pengarah Perbandanan Tabung Pendidikan Negara. Dari sinilah Allahyarham memperjuangkan usaha memartabatkan wang pendidik khasnya pensyarah di Maktab Perguruan. Landasan sebagai Timbalan Menteri Pelajaran yang dijawat Allahyarham telah dijayakan sepenuhnya apabila hakikatnya hari ini maktab perguruan telah dinaik taraf sebagai Institut Pendidikan Guru dan semua warganya mendapat manfaat. Dalam ertikata yang lain Allahyarham berjaya memecahkan ruyung dan hari ini warga pendidik di Institut Pendidikan Guru merasai sagunya. Realitinya Allahyarhamlah yang merealisasikan kebenaran pepatah “ Kalau tidak dipecahkan ruyung manakah dapat sagunya “.

Kecederungan dan minatnya yang mendalam dalam bidang pendidikan membolehkan Allahyarham memegang beberapa jawatan penting dalam kerajaan dan politik. Antaranya Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia, Ahli Lembaga Pengarah Universiti Darul Iman, Timbalan Pengerusi Perbadanan Perpustakaan Awam Terengganu, Ahli Lembaga Pengarah Yayasan Terengganu, AJK Biro Pendidikan UMNO Malaysia, Pengerusi Biro Pendidikan Umno Bahagian Kuala Terengganu, Pengerusi Sektor Pendidikan BNBBC, mewakili kerajaan Malaysia ke Persidangan Ahli Parlimen OIC di Istanbul dan UNESCO, Paris dan Geneva.

Sepanjang tempoh perkhidmatan Allahyarham, beberapa anugerah telah diterima seperti Anugerah Khidmat Cemerlang pada tahun 1988, 1992, 1997, 2002 dan Tokoh Guru Negeri Terengganu 2007. Beliau telah menerima anugerah kebesaran dari DYMM Sultan Terengganu, PJK (1982), SMT (2002), KMN (2002) dan DPMT (2004)

Sesungguhnya kehilangan Allahyarham amat dirasai oleh semua rakyat amnya dan warga pendidikan khasnya. Jasa dan pengorbanan Allahyarham umpama “ Permata dicelahan belantara “ yang kekal sinaran sehingga hari ini dan selamanya. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh Allahyarham dan ditempatkan dalam kalangan para syuhada dan solihin.

TAJUK ANDA DI SINI

 

TAJUK ANDA DI SINI

Dato Hj. Razali Ismail yang aku kenal.
Seorang guru yang dedikasi.Pembimbing drama teater semasa bertugas sebagi pensyarah di Maktab Perguruan Kent Tuaran.
1. Sayang Selasih
2. Teko Aladin
3. Akar Seribu Guna
4. SAWO
5. Selasihku Sayang
 
Perintis Teater Keliling Negeri Sabah.
Destinasi\Pementasan Drama:-
Dewn Pak Musa Beaufort,Dewan Maktab Perguruan Gaya,Dewan SMK Mat Salleh Ranau,Dewan Tun Hamdan Tamparuli,Dewan Serbaguna Kudat dan sekitar sekolah rendah Daerah Tuaran.
Drama Sayang Selasih dipentaskan di Dewan James Brook Maktab Batu Lintang Sarawak pada tahun 1086
 

TAJUK ANDA DI SINI

Pada tahun 1983 saya saya telah menulis skrip dan menjadi pengarah drama IBU dan telah menjadi naib johan dalam pertandingan drama peringkat SMK Mat Salleh Ranau .Dalam Drama IBU, Penerima anugarah Pelakon perempuan terbaik,Pelakon Lelaki Terbaik dan saya menerima anugerah pengarah harapan.

Semasa di Maktab saya Menulis skrip drama IGAU dan mengarah drama berkenaan untuk pertandingan Drama Kebudayaan peringkat MPK Tuaran pada Tahun 1986.Saya menerima anugerah pengarah terbaik, menerima anugerah pelakon wanita dan lelaki terbaik.

Saya juga berminat dalam dunia kewartawanan.banyak atikel disiarkan melalui Sabah Times ruangan Bahasa Malaysia kelolaan Encik Emin Madi sekitar tahun 1986\87[semasa di maktab] 

 

TAJUK ANDA DI SINI

 

PENDOKONG WATAK GTK 
Rakan-rakan yang saya kenali mendukung watak dalam drama yang dibimbing penuh oleh Allahyarham Dato` Hj.Razali Hj.Ismail adalah:-

Saudara Budrie Ahmad,Bustamie Ungki,Bertha Benjamin,Mahat Satiman,Abd.Wahab Kuncang,Harun Durabi,Nani Agang,Fremi Masugal,Nooraini,Moris Kundapit dll

TAJUK ANDA DI SINI

Embun Di Hujung Rumput

Aku kenali dunia ini

Kerana adanya ayah dan ibu

 Aku mensyukuri segalanya indah dan nikmat belaka

Namun aku dibesarkan dengan belai

Dan kasih seorang ibu yang jauh serta cair

Ibu dengan haluannya tersendiri

Kami di bawah lindungan belai ayah

Yang kasar dan runcing

Mmenagih kasih sayang  curang

Kasih tiri..kasih yang tersisih...terpinggir

Apa pun...yang melahirkan aku.....

Adalah ibu sejati

Kini engkau tiada lagi di dunia ini

Bagai aku tidak terasa pemergianmu....ibu

 

TAJUK ANDA DI SINI

SEBENARNYA AKU KECEWA 

Sememangnyakah......40 tahun sebelum

Adalah hariku seperti insan lain dan

Hari ini telah bermula pengasingan itu

Bertahun sudah aku di sini

Di kerusi beroda ini memerah hati

Berpayahan antara bersabar dan berilusi

Ingin saja ku tamatkan kekecewaan ini

Dengan setitik hempedu beracun

Namun terlalu banyak yang masih

menyayangiku dan mendoakanku

Apatah lagi aku masih ingat Tuhan

Dan kesabaranku hidupku teruji benar

Pastinya aku ingin lepas juga

Dari cengkaman deritaku ini

Suatu waktu ....itu ku tunggu...

TAJUK ANDA DI SINI

Pada tahun 1986 Grup Teater Kencana Maktab Perguruan Kent, naib Johan Pestarama Kebudayaan peringkat Kebangsaan di Institut Bahasa Kuala Lumpur

Pembimbing:Allahyarham Dato Razali Hj.Ismail pada waktu itu menjadi pensyarah di MPK Tuaran.

Para Pelakon:

Joan Jerome,Saidi Liasan,Hakmat Abdullah,Jaafar Marlan,Abd.Wahab Hj.Ahmad,Rosin Panggaton,Masnin Sinon,Abduhul Amatul,Julita James,Ismail Hussein,Nurhanizah Abdullah dll.

 KEMBALI MENGIMBAU

Satu nostalgia lapuk

benih yang kering dan kontang

tanah merekah gersang

21 tahun kemarau terus membakar

21 tahun hujan terus mencurah

dalam benak ada luka ada duka

aku tak tahu engkau tak tahu

betapa derita itu dan derita ini

menyelinap merobek kebahagiaan

meragut keperkasaan dan keanggunan

hanya dengan hati yang tabah

tanpa kudrat lagi

kuberserah padaNya.

TAJUK ANDA DI SINI

KASIH KEKASIH DAN PENGERTIANNYA 

Kasih kepada pencipta

untuk hayat mendatang penuh mistik

kasih kepada ayah...ibu

kasih sejati dan mulia

kasih kepada anak-ana dan isteri..suami

untuk penyeri di buana misteri semata

kasih kepada kekasih..

yang ada dan terdahulu

dan sesama insan adalah kasih

sebagai makhluk Tuhan

Kasih yang terimbau kasih...setia

untuk insan yang mulia..

hatinya,,jiwanya dan sanggup

menjadi kekasih kasih

sepanjang hayat.....

TAJUK ANDA DI SINI

UKIRAN ITU SEJARAH 

 

SK Moynod mimbar ulung

13 tahun detik dan rangkuman

menelan yang manis dan pahit maung

hidup mula diatur.

SK Ladang Bode Kertam Kinabatangan

1 tahun memburu untung rugi

tiada yang manis tiada yang pahit

cuma tersentak dari lena seketika

akan bermula kedewasaan ini.

SK Kolapis

9 tahun ada badai ada petir

melintas bayang dipermukaan anak sungai yang tenang dan arusnya alun

dentuman guruh dan curahan hujan dari langit dan ada restu ada doa ada niat

segala terpendam dibaluti rentetan kisah dan cerita baru dan lama ada....

terselinap terkubur kasih sejati tercipta

kesedaran untuk mengerti

pertanggungjawaban di sini segalanya ada tercipta...belaka

lantaran  aku terpilih untuk sedar

insaf dan akur lalu tafakur......akhirnya aku akur walau aku tersungkur pada suratannya.....aku gah pada tersiratnya.......

namun aku mengerti....

Ya Allah begitu hebat dugaan yang

kugalas ini...kutanggung jua segala....

aku masih dapat berdiri walau sebelah kakiku untuk melihat di dinding sebelah itu.......siapa aku...siapa mereka.....

peluang ini patutku syukuri

untuk rakan yang mengerti.........

Kutinggalkan juga akhirnya walau takku angkat kaki...di sini berakhir di sana aku tetap bersama jua......

 

 

TAJUK ANDA DI SINI

MAHLIGAI TERPINGGIR 

Di singgah sana

dua pasang kerusi di pelaminan

masih terhias cantik dan indah

tetapi serinya telah pudar

pasangan pengantin itu adalah

engkau dan aku

yang akhirnya

sehati sejiwa bersumpah setia

meninggalkannya

sedangkan kitalah pengantin itu

pada ketika itu...di situ...

telah mengikat janji dan akan

sehidup semati

kumohon restumu

kita serikan.. kembalikan sinarnya

walau kita tidak duduk bersama

di atas singgah sana....

 

TAJUK ANDA DI SINI

 

BADAI DI TENGAH KEBIRUAN TASIK

 

Dalam meniti jambatan nur kasih

Tika melayari buayan mimpi

Saat dan detik yang mendatang

Tidak terkira lagi

Bak pasir pantai yang melandai

Ada saja kesan tinggalannya

Di sana ada duka dan nestapa terukir

Kegembiraam amat sedikit

Pilu dan lesu segala...terpahatlah

11 Novemver 2009 ada debar

13 November 2009 ada mimbar

Tempat kata-kata di ungkap.....

RM 11,500 diukir dalam diri

Ada yang hilang

Ada yang di pasang

Yang hilang abadi milik Tuhan

Yang dipasang keagungan teknologi

Belum pasti segalanya itukah

Ikhtiar terakhir yang menjanjikan

langkah setapak diatur dibentang

Di hadapanku ada laluan sutera.....??

 
Make a Free Website with Yola.