1.Robert Wadlow,8′ 11.1″ Pasti sudah pada tahu dong dengan raksasa satu ini,kemarin disiarin di salah satu televisi swasta di indonesia,Robert Wadlow adalah manusia raksasa tertinggi dalam sejarah. Dia sering disebut sebagai Alton raksasa karena ia datang dari Alton, Illinois. Pada saat kematiannya ia ditimbang 440 pon dan tidak menunjukkan tanda-tanda berhenti berkembang. Dia lahir tahun 1918, tertua dari lima bersaudara. Dia meninggal pada usia 22 tahun akibat infeksi yang disebabkan oleh lecet pada ankle. Peti mati-Nya ditimbang setengah ton dan 12 pallbearers diperlukan untuk melaksanakan. Dia telah dikuburkan dalam sebuah kubah solid beton, keluarganya memiliki ketakutan bilamana tubuhnya akan Diintervensi dengan rasa ingin tahu oleh para pencari berita.
2.Johan Aason,8′ 9-1/4″ Johan dilahirkan di Amerika setelah beberapa tahun ibunya pindah dari Norwegia. Menariknya ibunya juga raksasa dengan tinggi badan 7′2 “. Menurut sertifikat kematiannya dari Mendocino Rumah Sakit, pada saat meninggal tercatat tinggi badannya 9′2 “- jika hal ini benar, maka ia adalah manusia paling tinggi didunia sepanjang sejarah. Dia dikuburkan di Montana.
3.John Rogan,8′9″ John Rogan lahir pada 1868 dan dia tumbuh normal sampai umur 13 tahun.tingginya tercatat sampai dia meninggal dunia adalah 8′9 “. Karena penyakit dia ditimbang hanya 175 pon. Dia meninggal di 1905 akibat komplikasi dari penyakit.
4.John F Carroll,8′7″ John Carroll (lahir pada 1932) dilahirkan di Buffalo, New York dan dikenal sebagai Buffalo raksasa. Meskipun banyak perawatan medis, dia tumbuh di tingkat yang sangat cepat. Dia tumbuh tujuh inci dalam beberapa bulan. Dia meninggal pada tahun 1969 dan saat itu ketinggianya tidak dicatat pada saat meninggal,namum dipercaya bahwa ia memiliki tinggi badan hampir sembilan kaki.
5.Leonid Stadnyk,8′5″ Leonid Stadnyk lahir pada tahun 1971 di Ukraina. Dia adalah ahli bedah hewan terdaftar dan tinggal bersama ibunya. Saat ini beliau tercatat sebagai manusia tertinggi menurut Guinness Book of Records. Sekelompok pebisnis ukraina menyumbangkan antene parabola dan komputer untuk Stadnyk dan sekarang ia memiliki akses Internet.
PALING BESAR DI DUNIA
Kenderaan Bergerak Terbesar di Dunia
Telescope mover Mesin ini mempunyai 24 tayar dan beratnya adalah 90 tan. Digunakan untuk mengangkut teleskop seberat 230 tan.
LeTourneau
Traktor raksasa ini mempunyai berat 293 tan dan merupakan yang terbesar dari mana-mana traktor yang ada di muka bumi ini.
BOeing Dreamlifter cargo loader Mesin ini digunakan untuk mengangkat kargo ke dalam kapal terbang Boeing. Mesin ini boleh mengangkat seberat 68 tan dan merupakan pengangkat kargo terbesar di dunia.
Labah-labah gergasi
Mesin labah-labah gergasi ini adalah seberat 37 tan dan setinggi 15 meter digunakan sebagai pertunjukan semata-mata
Kren Liebherr
Kren ini boleh mengangkat sehingga 1000 tan dan digunakan untuk memasang sebarang struktur yang berat dan tinggi.
Jentolak gergasi
Jentolak ini setinggi 6 meter dan memang jentolak yang bersaiz mega. Anda boleh lihat saiz pokok dengan jentolak itu. Memang hampir menyamai rumah 2 tingkat.
BINATANG PALING BERANI DI MUKA BUMI
Mungkin kita akan tertarik kepada binatang yang paling berani di muka bumi ini. Telah ditatat dalam Guinness Book of Records dengan gelar “world’s most fearless animal” atau “makhluk yang paling tidak mengenal rasa takut“.
Binatang yang dimaksudkan itu adalah Honey Badger atau dalam bahasa kita disebut dengan Luwak Madu. Haiwan ini biasa ditemui di Afrika dan Asia Barat seperti Iran, Irak, Pakistan, dan India. Disebut luwak madu, karena binatang luwak ini sangat suka dengan madu, hingga dalam pencariannya akan madu, haiwan ini sering mengabaikan keselamatannya ketika masuk ke sarang lebah, suatu tindakan yang seringkali menggadaikan nyawanya.
Dikenal sebagai haiwan yang tak pantang maut, karena haiwan ini akan menyerang dan berhadapan siapapun lawannya, bahkan haiwan yang jauh lebih besar daripada dirinya pun dilawannya. Haiwan ini juga cukup cerdik. Buktinya adalah ia cukup pintar untuk mengetahui kelemahan lawannya. Misalnya, ketika berhadapan dengan manusia (laki-laki), ia akan menyerang buah zakarnya. Binatang ini juga salah satu dari beberapa haiwan yang menggunakan alat, misalnya menggunakan batang kayu sebagai tangga.
Luwak madu dapat membunuh kalajengking beracun, menyerang rusa (gazelle), singa, bahkan ia mampu membunuh buaya, dan pembunuh ular yang sangat efesien. Hanya 15 minit masa yang diambil untuk memakan ular yang panjangnya 1,5 meter. Keganasan binatang ini sudah terkenal di alam ini.Leopard atau singa pun tidak dapat menandingi kehebatannya sebagai pemangsa.
ORANG TERKAYA DI DUNIA
#1 William Gates III Usia : 51 Tahun Nilai kekayaan : 56 Milyar Dollar Amerika Serikat Negara : United States of America
#2 Warren Buffett Usia : 76 Tahun Nilai kekayaan : 52 Milyar Dollar Amerika Serikat Negara : United States of America
#3 Carlos Slim Helu Usia : 67 Tahun Nilai kekayaan : 49 Milyar Dollar Amerika Serikat Negara : Mexico
#4 Ingvar Kamprad & family Usia : 80 Tahun Nilai kekayaan : 33 Milyar Dollar Amerika Serikat Negara : Sweden
#5 Lakshmi Mittal Usia : 56 Tahun Nilai kekayaan : 32 Milyar Dollar Amerika Serikat Negara : India
#6 Sheldon Adelson Usia : 73 Tahun Nilai kekayaan : 26,5 Milyar Dollar Amerika Serikat Negara : United States of America
#7 Bernard Arnault Usia : 58 Tahun Nilai kekayaan : 26 Milyar Dollar Amerika Serikat Negara : France
#8 Amancio Ortega Usia : 71 Tahun Nilai kekayaan : 24 Milyar Dollar Amerika Serikat Negara : Spain
#9 Li Ka-shing Usia : 78 Tahun Nilai kekayaan : 23 Milyar Dollar Amerika Serikat Negara : Hong kong
#10 David Thomson & family Usia : 49 Tahun Nilai kekayaan : 22 Milyar Dollar Amerika Serikat Negara : Canada
CATATAN TERBARU
REKOD TERBARU YANG DICATAT PADA TAHUN 2009
1. Bill Gates (AS$40 bilion – Microsoft – Amerika Syarikat)
1. Sungai Nil berada di Afrika memiliki panjang 6650 kilometer
2. Sungai Amazon berada di Amerika Selatan memiliki panjang 6400 kilometer
3. Sungai Yangtze / Chang Jiang berada di Negara China memiliki panjang 6300 kilometer
4. Sungai Mississippi - Missouri berada di Amerika Utara memiliki panjang 6275 kilometer
5. Sungai Yenisei - Angara - Selenga berada di Rusia dan Mongolia memiliki panjang 5539 kilometer
6. Sungai Kuning / Huang Ho berada di China Benua Asia memiliki panjang 5464 kilometer
7. Sungai Ob - Irtysh berada di Eropa dan Asia memiliki panjang 5410 kilometer
8. Sungai Kongo berada di Afrika memiliki panjang 4700 kilometer
9. Sungai Amur berada di Eropa dan Asia memiliki panjang 4444 kilometer
10. Sungai Lena berada di Benua Eropa (Rusia) memiliki panjang 4400 km
JAMBATAN TERPANJANG
7 JAMBATAN TERPANJANG DI DUNIA
7. Rio Bridge – Niteroi, Panjang 13.290 M, Menghubungkan kota Rio de Janeiro di Brazil dan Niteroi.
6. Penang Bridge, Panjang 13.500 M, menghubungkan antara Pulau Penang dan daratan Malaysia.
5. Vasco da Gama bridge, Panjang 17.200 M, jembatan terpanjang di daratan Eropa yang melintasi sungai-sungai di kota Lisbon Purtugal
4. Chesapeake Bay Bridge, Panjang 24.140 M, melintasi teluk Chesepake di Maryland Amerika.
3. King Fahd Causeway, Panjang M, melintasi bendungan yang menghubungkan antara Saudi Arabia dan Bahrain.
2. Bridge donghai, Panjang 32.500 M, Jembatan terpanjang di Asia dan juga jembatan terpanjang yang melintasi lautan, terletak di Shanghai China.
1. Lake pontchartrain, Panjang 38.420 M terdapat di Lousiana New Orleans, Amerika.
Sejalan dengan pembangunan disetiap negara yang begitu cepat, maka tentunya daftar diatas akan berubah dalam tahun-tahun mendatang. Sebagai contoh, kandidat untuk jembatan terpanjang akan segera dipecahkan oleh The Beijing-Shanghai Express Railway yang panjangnya mencapai 164 KM. Selanjutnya sebagai negara kaya minyak, maka Qatar dan Bahrain juga akan membangun jembatan yang diberi nama Qatar Bahrain Bridge dengan panjang mencapai 40 KM.
Sementara itu untuk Jembatan paling luas dan paling lebar di dunia ada di Sydney harbor bridge, Australia. Terdapat 16 jalur mobil, 8 jalur di tingkat bawah dan 8 jalur di tingkat atas.
Dapatkan Info semua jenis gejala sistem tubuh manusia[Klik Gambar]
BANGUNAN TERTINGGI
STRUKTUR BANGUNAN TERTINGGI DI DUNIA
Rencana utama: Senarai struktur tertinggi di dunia Struktur tertinggi ketika ini ialah Burj Dubai, sebuah pencakar langit yang masih dalam pembinaan di Dubai yang telah mencapai 636 m (2,087 kaki) pada 12 Mei 2008[1] Disebabkan kurangnya persetujuan mengenai cara pengukuran dan pengelasan struktur, jurutera telah mencipta pelbagai takrifan bagi kategori bangunan dan struktur lain. Salah satunya ialah mengukur tinggi sebenar bangunan, melalui pengukuran puncak menara atau ketinggian seni bina yang kekal. Antena di atas bangunan tidak dikira sebagai sebahagian daripada sistem pengukuran tersebut kerana antena boleh dipasang dan ditinggikan pada bila-bila masa. Cara pengukuran ini digunakan kerana persaingan di antara Bangunan Chrysler and 40 Wall Street pada masa dahulu. Ini turut boleh dilihat melalui persaingan era moden, di mana antena di atas Menara Sears tidak dikira manakala mercu tanda di atas Menara Berkembar PETRONAS dikira sebagai sebahagian daripada struktur bangunan.
KATEGORI Pencakar langit (dalam pembinaan) - semua kategori
STRUKTUR Burj Dubai NEGARA Amiriah ArabBersatu BANDAR Dubai METER 636 KAKI 2,087[1] Tiang gai Menara pemancar KVLY-TV Amerika Syarikat
Blanchard, N.D. 628.8 [k] 2,063 [m]
Menara konkrit Menara CN Kanada Toronto, Ontario 553.3[k] 1,815[m]
Pencakar langit - sehingga puncak antena Menara Sears Amerika Syarikat Chicago 527.3 [m] 1,730[k]
Pencakar langit - sehingga ke puncak menara Taipei 101 Taiwan Taipei 509.2[m] 1,671[k]
Pencakar langit - sehingga ke puncak bangunan Pusat Kewangan Dunia Shanghai Republik Rakyat China Shanghai 492[m] 1,614 [k]
Menara untuk kajian saintifik Menara BREN Amerika Syarikat Tapak Ujian Nevada 462 [m] 1,516[k]
Tiang pemancar, ditebat pada tanah Pemancar VLF Lualualei Amerika Syarikat Lualualei, Hawaii 458.11[m] 1,503[k]
Menara berkembar Menara Berkembar PETRONAS Malaysia Kuala Lumpur 452 [m] 1,482[m]
Cerobong asap Stesen Janakuasa GRES-2 Kazakhstan Ekibastusz 419.7 [m] 1,377[k]
Menara kekisi Menara Kiev TV Ukraine Kiev 385[m] 1,263[k]
Tiang gai keluli bertiub Stesen pemancar Belmont United Kingdom Donington on Bain 385 [m] 1,263[k]
Cerita mengenai pekerja asing didera bukanlah perkara baru di Malaysia. Begitu jugalah dengan tahun ini. Tetapi kes ini telah
mencetuskan kemarahan di Jakarta, sebahagiannya kerana individu didakwa terbabit adalah dari kalangan istana.
Perkahwinan antara model remaja Indonesia - Manohara Odelia Pinot - dengan Tengku Temenggong Kelantan, Tengku Muhammad Fakhry Petra berakhir dengan perpisahan apabila Manohara mendakwa dia telah menjadi mangsa dera, diculik serta dirogol.
Dengan bantuan ibunya, Manohara telah melarikan diri dari suaminya ketika menziarahi Sultan Kelantan yang sedang dirawat di Singapura.
Ekoran itu, Tengku Muhammad Fakhry Petra, 31, telah memfailkan saman terhadap isternya dan ibu mertuanya itu - kedua-duanya kini berada di Jakarta - supaya memulangkan 'hutang' berjumlah RM1.1 juta. Beliau menang kes tersebut apabila Manohara dan ibunya gagal hadir di mahkamah.
Apa yang berlaku itu juga dipercayai ada kaitan dengan tindakan memecat Tengku Muhammad Fakhry dari Majlis Perajaan Kelantan September lalu. Bulan ini, Tengku Muhammad Fakhry memfailkan saman terhadap abangnya - pemangku sultan sekarang - kerana memecatnya dari majlis tersebut.
Penentangan terhadap PPSMI
Pengajian dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) - dasar yang diwarisi daripada perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enam tahun lalu terus menjadi duri dalam daging berterusan kepada kepimpinan negara.
Pada 7 Mac, dipimpin bekas pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Hassan Ahmad dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said, ribuan penunjuk perasaan membanjiri jalanraya, mengharungi tembakan bertalu-talu meriam air dan gas pemedih mata untuk menyerahkan memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong.
Buat pertama kalinya, golongan seniman dan budayawan pelbagai bangsa - yang dilihat berdiam diri terhadap dasar kerajaan selama ini - bangkit menuntut pemansuhan PPSMI.
Malah, kesemua lima sasterawan negara yang masih hidup secara terbuka mengeluarkan kenyataan bersama berhubung perkara itu.
Malah penentangan terhadap PPSMI turut menyaksikan pengemblengan tenaga antara Gabungan Penulis Nasional (Gapena) dengan golongan pendidik Cina.
Akhirnya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak terpaksa tunduk kepada desakan yang berterusan itu.
Dan pada bulan Julai, Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang juga menteri pelajaran, akhirnya mengumumkan pemansuhan PPSMI secara berperingkat-peringkat.
Mulai tahun 2012, kedua-dua subjek berkenaan di sekolah rendah akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia bagi sekolah kebangsaan dan dalam bahasa Cina dan Tamil di sekolah jenis kebangsaan (SJK).
Bagaimanapun, para penentangnya masih berpuas hati kerana menganggapnya bukan pemansuhan, sebaliknya satu penangguhan, dan masih meneruskan perjuangan mereka supaya PPSMI dimansuhkan serta merta.
Kematian dalam tahanan
Ada perkara yang tidak akan berubah. Kekerasan polis menduduk tempat ke-7 dalam siri 10 Berita Utama pada tahun 2003 dan 2004. Dan ia muncul lagi tahun ini.
Tahun 2009 menyaksikan satu lagi kes kematian tahanan polis - A Kugan, di mana laporan bedahsiasatnya mengunjurkan bahawa dia dipukul ketika ditahan di sebuah balai polis Januari lalu.
Selepas kempen bersungguh-sungguh kumpulan hak asasi, seorang anggota polis akhirnya dihadapkan ke mahkamah 10 bulan kemudiannya atas tuduhan "menyebabkan kecederaan teruk" ketika cuba mendapatkan pengakuan mangsa.
Kematian Kugan telah menaikkan semangat kempen terhadap kes kematian dalam tahanan polis - seorang lagi mangsa ialah R Gunasegaran serta kes kematian pendatang tanpa izin di kem tahanan.
Kini tumpuan juga tertumpu kepada kes di mana enam orang ditembak mati oleh polis di Kulim Kedah pada Februari lalu, dan diikuti dengan satu lagi kes yang sama, membabitkan lima remaja di Klang, Selangor.
Ia menarik perhatian ramai kerana kakak salah seorang mangsa yang mati bertindak membunuh diri dengan meminum racun paraquat.
Bagaimanapun empat orang anaknya yang turut diberi minum racun tersebut, dapat diselamatkan.
Protes kepala lembu
Walaupun hanya seramai kira-kira 50 orang sahaja yang menyertai satu protes kecil, tetapi ia menjadi tajuk berita dan mendapat tumpuan amat meluas kerana ia turut menyentuh sensitiviti agama.
Pada 28 Ogos, satu kumpulan pendemontrasi mengarak satu kepala lembu dan meletakkannya di pintu pagar sekretariat kerajaan negeri Selangor pimpinan Pakatan Rakyat berhubung isu pemindahan sebuah kuil Hindu ke kawasan perumahan mereka di Shah Alam.
Lembu merupakan binatang suci bagi agama Hindu, dan ini telah menimbulkan bantahan sehingga mengundang campurtangan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.
Bagaimanapun, tindakan menteri berkenaan yang dilihat mempertahankan mereka yang mengadakan demonstrasi tersebut telah menimbulkan rasa tidak senang dan Malaysiakini telah disalahkan kerana menyiarkan video mengenainya.
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah diarahkan menyiasatMalaysiakini di mana ramai wartawan portal berita tersebut telah disoalsiasat berhubung perkara tersebut.
Sementara itu, 12 peserta demontrasi berkenaan telah didakwa di mahkamah di bawah Akta Hasutan dan tuduhan mengadakan perhimpunan haram.
Teoh: Dibunuh atau bunuh diri?
Pada 16 Julai, kematian seorang pemuda telah menghancurkan apa juga kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang belum sampai setahun lagi usianya.
Nama Teoh Beng Hock menjadi sebutan apabila dia ditemui mati di luar bangunan SPRM Selangor di Plaza Masalam. Dia dikatakan jatuh dari tingkat 14 bangunan tersebut yang menempatkan pejabat SPRM. Teoh, yang merupakan setiausaha politik kepada exco kerajaan Selangor, Ean Yong Hian Wah, disoalsiasat sebagai saksi berhubung dakwaan salahguna peruntukan untuk DUN sebelum dia ditemui mati.
Kematiannya telah mencetuskan bantahan umum sehingga perdana menteri kemudiannya bersetuju supaya diadakan inkues punca kematian Teoh serta menubuhkan sebuah jawatankuasa diraja untuk meneliti prosedur siasatan SPRM.
Dua bulan inkues berjalan, pakar patologi Thai, Dr Porntihip Rojanasunand membuat kejutan apabila mendakwa wujud kemungkinan 80 peratus kematian Teoh adalah homisid dan 20 peratus bunuh diri.
Pendedahan tersebut membawa kepada penggalian semula mayat Teoh dan bedahsiasat kedua dilakukan ketua jabatan forensik Hospital Sungai Buloh, Dr Shahidan Md Noor, dengan disaksikan oleh Dr Pornthip dan pakar forensik British, Prof Peter Vanezis yang dilantik oleh SPRM.
Bagaimanapun, keputusan bedahsiasat itu masih belum diumumkan dan inkues tersebut telah ditangguhkan sehingga tahun depan.
Tahun pilihanraya kecil
Sebanyak sembilan pilihanraya kecil diadakan selepas pilihanraya umum 2008 di mana keputusannya menunjukkan bahawa BN masih gagal memulihkan sokongan rakyat terhadapnya. BN tewas dalam enam pilihanraya kecil, termasuk DUN Penanti yang tidak ditandinginya.
Seperti yang dijangkakan, BN berjaya mengekalkan dua kerusi DUN - Batang Ai (Sabah) dan Bagan Pinang (Negeri Sembilan), tetapi tewas kubu kuatnya - kerusi parlimen Kuala Terengganu - kepada PAS.
Kecuali prestasi menggalakkan BN dalam pilihanraya DUN Manek Urai, pembangkang berjaya menang dengan tambahan majoriti di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Permatang Pauh.
BN bagaimanapun memberi tentang hebat di Manek Urai apabila PAS mampu mempertahankan kerusi itu dengan majoriti tipis - daripada 1,352 (2008) kepada hanya 65 undi. Tetapi kegembiraan BN itu tidak lama kerana ia tewas lagi di DUN Permarang Pasir.
BN bagaimanapun memutuskan tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti, di mana calon PKR menang dengan majoriti lebih besar, selepas mengetepikan saingan daripada dua calon bebas.
Kerusi Parlimen: Kuala Terengganu (won by PAS), Bukit Gantang (PAS) and Permatang Pauh (PKR).
DUN: Bukit Selambau (PKR), Batang Ai (PRS), Penanti (PKR), Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), and Bagan Pinang (Umno).
Ibu segala skandal
Mereka menggelarnya sebagai ibu segala skandal. Keseluruhan projek boleh menelan RM12.5 bilion wang pembayar cukai dan nasib beberapa ahli politik yang pernah memegang kuasa, kini "berada di hujung tanduk".
PKFZ bermula pada 1999 sebagai projek berharga RM1.96 bilion untuk menjadikan Pelabuhan Klang sebagai sebuah hub pengangkutan laut serantau. Pada 2007, ekoran masalah dan penyelewengan yang berlaku, memaksa kerajaan menyuntik RM4.6 bilion untuk menyelamatkan projek tersebut.
Hanya selepas BN dilanda tsunami politik selepas pilihan raya umum 2008 dan diekori pelantikan Datuk Seri Ong Tee Keat sebagai menteri pengangkutan, maka satu siasatan dalaman dilakukan ke atas PKFZ.
Selepas memenangi pertandingan sengit bagi jawatan presiden MCA, Ong berusaha untuk memulihkan imej dan kredibilitinya dengan menumpukan kepada siasatan PKFZ.
Pelbagai jawatankuasa ditubuhkan dan hasil siasatannya yang turut membabitkan ahli politik dan pegawai kanan kerajaan, telah memaksa pihak berkuasa mengambil tindakan perlu.
Siasatan kemudiannya dipindahkan dari kementerian pengangkutan kepada sebuah jawatankuasa tertinggi yang dianggotai beberapa kementerian.
Akhirnya, dua tahun selepas skandal tersebut didedahkan, empat orang - tetapi bukan orang politik - telah diseret ke mahkamah.
Bagaimanapun, mereka dilihat sebagai "ikan kecil". Peguam negara berjanji lebih ramai akan diseret ke mahkamah selepas tahun baru.
Krisis MCA tiada penghujungnya
Sejarah 60 tahun MCA terus menerus diwarnai dengan perebutan kuasa. Dan krisis terbarunya tercetus ekoran pertembungan kumpulan penyokong Ong dengan puak pimpinan timbalannya, Datuk Seri Chua Soi Lek.
Walaupun Chua berjaya memenangi jawatan timbalan presiden MCA, tetapi skandal video seks berterusan menghantuinya.
Ong, dalam berdepan dengan lawannya, telah bertindak membuka semula siasatan terhadap scandal seks Chua dan memecatnya daripada parti. Walaupun hukuman tersebut kemudiannya dikurangkan kepada penggantungan keahliannya , tetapi ia gagal untuk menyekat penyokongnya mendesak supaya diadakan mesyuarat agung luar biasa (EGM).
Tetapi para perwakilan parti telah membuat keputusan mengejut kerana bukan sahaja meluluskan undi tidak percaya terhadap Ong tetapi juga turut menolak usul untuk mengembalikan Chua ke jawatan timbalan presiden. Turut muncul ialah cakap-cakap bahawa wujud kuasa ketiga dalam krisis MCA itu.
Pendaftar pertubuhan kemudiannya membuat keputusan bahawa Chua masih merupakan timbalan presiden MCA. Ong dan Chua kemudian bersetuju menerima pelan damai yang mendapat restu perdana menteri.
Bagaimanapun ia masih gagal untuk menamatkan krisis MCA apabila Naib Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai dan penyokongnya mahu EGM kedua diadakan bagi mendesak supaya pemilihan baru parti diadakan.
Ini memaksa Najib dan timbalannya, Tan Sri Muhyiddin Yassin campur tangan. Selepas beberapa pertemuan, Liow akhirnya bersetuju untuk membatalkan EGM dengan tanggapan bahawa puak-puak yang bertelagah akan mencapai kata sepakat bagi mengadakan pemilihan parti yang baru.
Bagaimanapun, Ong dan Chua tidak komited tentang pemilihan baru parti. Menurut perlembagaan parti itu, dua pertiga atau 21 daripada anggota jawatankuasa pusat (CC) MCA perlu meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan. Ekoran itu, Liow dan 12 anggota CC, menyerahkan surat peletakan jawatan mereka. Tetapi beliau mungkin tidak memperolehi jumlah yang mencukupi untuk tujuan tersebut. Dan dengan itu, kemelut MCA berterusan.
Najib berdepan tugas berat ' Apabila Najib mengambil alih kuasa menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi, ia telah meniupkan semangat baru, khususnya dalam Umno.
Namun, Najib menaiki hirarki parti itu ekoran penolakan secara terbuka kalangan pemimpin dan ahli Umno terhadap kepimpinan Abdullah.
Dan Tan Sri Muhyiddin Yassin, kini timbalan presiden Umno dan timbalan perdana menteri, terbukti telah memainkan peranan besar dalam membuka ruang untuk Najib melangkah masuk ke Sri Perdana.
Bagaimanapun, imej Najib telah tercemar dengan kes pembunuhan Altantuya Shaaribuu dan tuduhan bahawa beliau adalah 'dalang' di sebalik rampasan kuasa di Perak.
Bagi berdepan dengan keraguan rakyat itu, pada permulaan pentadbirannya, Najib telah membebaskan 13 tahanan ISA, termasuk pemimpin Hindraf. Beliau juga berjanji untuk mengkaji semula akta tersebut.
Beberapa bulan selepas mengambil alih teraju pemerintahan negara, termasuk memperkenalkan konsep 1Malaysia, Najib terpaksa berdepan pula dengan tugas berat menerajui negara berdepan dengan kemelesetan ekonomi serta menangani kehendak golongan minoriti dan pada masa yang sama memastikan sokongan berterusan orang Melayu.
Dengan tahun 2009 akan melabuhkan tirainya Khamis ini, Najib berdepan dengan satu lagi masalah - kes kehilangan dua enjin jet pejuang bernilai RM100 juta - yang lesap ketika beliau menerajui kementerian pertahanan.
Perak berwajah dua
Tanpa ragu-ragu lagi bahawa berita terbesar tahun ini ialah rampasan kuasa di Perak. Negeri itu menjadi gelanggang perang politik dekad ini selepas BN mengambil alih pentadbiran kerajaan negeri itu daripada Pakatan Rakyat ekoran tindakan tiga ADUN Pakatan keluar parti dan menyokong BN.
Apa yang berlaku di Perak mempunyai implikasi besar di segi perundangan kerana keputusan mahkamah - sebahagian besarnya menguntungkan BN - telah menulis semula amalan selama ini mengenai kuasa sultan, speaker DUN, Suruhanjaya Pilihan Raya dan menteri besar.
Ekoran itu, rakyat Perak kini berdepan dengan dua kerajaan negeri, dua speaker, dua menteri besar dan dua persidangan berasingan dalam dewan undangan negeri (DUN) yang sama.
BN enggan tunduk kepada desakan supaya diadakan pilihanraya negeri yang baru kerana mereka memegang kuasa di negeri itu, manakala saman Pakatan yang mencabar kesahihan kerajaan negeri BN akan diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan.
Pada masa ini, semua pihak menunggu keputusan Mahkamah Persekutuan itu mengenai siapakan menteri besar Perak yang sah. Tetapi apa juga keputusannya, ia merupakan sesuatu yang sementara - penentu sebenar ialah para pengundi di Perak dalam pilihanraya akan datang. Berita asal
KELUASAN IKUT NEGERI
SKKOL
No.
Negeri
Keluasan (km² )
Peratus
1
Sarawak
124,449
37.7%
2
Sabah
73,613
22.3%
3
Pahang
35,960
10.9%
4
Perak
21,005
6.4%
5
Johor
18,985
5.7%
6
Kelantan
14,931
4.5%
7
Terengganu
12,955
3.9%
8
Kedah
9,425
2.9%
9
Selangor
7,956
2.4%
10
Negeri Sembilan
6,646
2.0%
11
Melaka
1,658
0.5%
12
Pulau Pinang
1,033
0.3%
13
Perlis
795
0.2%
14
Wilayah Persekutuan
341
0.1%
JUMLAH
330,436*
100.0%
7 Wasiat Raja Melayu
Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:
1. Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
2. Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
3. Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
4. Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
5. Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
6. Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
7. Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
KUALA LUMPUR: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan memberi tumpuan kepada tujuh jenis kesalahan dalam usahanya mengurangkan kemalangan yang meragut nyawa, kata Pengarah Penguatkuasanya, Salim Parlan.
Beliau berkata, kesalahan itu ialah memandu lebih daripada had laju dibenarkan, melanggar lampu isyarat, memandu di lorong kecemasan, memotong barisan, menggunakan telefon bimbit tanpa alat bebas tangan, memotong garisan berkembar serta mengekori rapat kenderaan hadapan.
“Ketujuh-tujuh kesalahan berkenaan disifatkan sebagai serius dan kami tidak akan berkompromi dengan pengguna jalan raya yang melakukannya.
“Pemantauan mendapati masih tiada kesedaran di kalangan orang ramai terhadap implikasi buruk semua perbuatan (kesalahan) itu yang bukan saja boleh meragut nyawa mereka, bahkan pengguna jalan raya lain,” katanya kepada pemberita.
Terdahulu, beliau meninjau operasi bersepadu jabatan itu di Plaza Tol Jalan Duta, di sini bermula jam 10 malam kelmarin dan berakhir jam 1 pagi semalam.
Ia sebahagian dari 25 lokasi operasi berkenaan di seluruh negara sempena sambutan tahun baru.
Sepanjang tiga jam operasi, lebih 9,676 kenderaan diperiksa, dengan 956 saman dikeluarkan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan.
Malah, 80 kenderaan pelbagai jenis termasuk motosikal disita, kebanyakannya atas kesalahan tiada cukai jalan dan lesen memandu sah, selain melakukan pengubahsuaian haram.
Salim berkata, tiada tolak ansur terhadap mereka yang melakukan tujuh kesalahan itu, malah kompaun maksimum RM300 akan dikenakan serta-merta.
“Tidak semestinya kompaun dikeluarkan dalam sekatan jalan raya, malah di mana-mana saja seseorang pesalah boleh ditahan.
“Dalam menjalankan penguatkuasaan itu, JPJ turut menempatkan pegawai dan anggota yang melakukan penyamaran di lokasi tertentu, terutama di persimpangan lampu isyarat,” katanya.