PERMULAAN KAREAR SEBAGAI SEORANG GURU TARIKH MULA BERTUGAS: 3 JANUARI 1988,SEK.KEB.MOYNOD,BELURAN.TARIKH LANTIKAN: 1 MAC 1988,TARIKH SAH JAWATAN: 1 MAC 1989 TARAF BERPENCEN: 1 DIS.1996
[ PENOLONG KANAN 1 SK.MOYNOD ] MEMANGKU GRED DGA5 01 JUN 2001
[ PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SEK.KEB.LADANG BODE KINABATANGAN] MEMANGKU GRED DGA5 16 SEPT.2001
HAKIKI GRED DGA5 01 JUN 2001
PENOLONG KANAN KOKURIKULUM SEK.KEB.KOLAPIS 08 OKT 2002
Dengan amanah yang telah dipertanggungjawabkan sebagai seorang pendidik anak bangsa tanpa mengira kaum,keturunan dan agamanya maka saya bertekad untuk mencurahkan jasa dan bakti kepada negara yang tercinta.Siapa pun kita adalah di antara komponen sebuah mesin kepada sebuah jentera.Surat bertarikh pada 02 MEI 2001 ditandatangani oleh Kamal D.E Quadra Pengarah Pendidikan Negeri Sabah iaitu pemberitahuan pemangkuan gred DGA5 sebagai Penolong kanan 1 di SK Moynod telah saya terima.Pada masa yang sama saudara Nicholas Kuyung Salamat Penolong Kanan di SK Pamol telah memohon pengubahsuaian penempatan bertugas melalui pegawai pelajaran Bahagian Sandakan pada masa itu ialah Dr.Yassin Hj.Amit..Oleh kerana saudara Nicholas ada kepentingan untuk mendapatkan tempat di SK Moynod maka saya telah tersingkir dan surat bertarikh 27 JUN 2001 telah saya terima yang ditandatangani oleh Kamal D.E Quadra Pengarah Pendidikan Sabah.Surat itu adalah pengubah suaian dan saya telah ditukarkan ke SK Ladang Bode Kertam Kinabatangan sebagai Penolong Kanan Kokurikulu.Dalam hal ini saudara Nicholas sepetutnya berterima kasih kepada saya kerana dia senang dan selesa serta berpuas hati.Ini bukan satu penganiayaan tetapi nasib tidak menyebalahi saya.
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
PERKHIDMATAN
Saya mengemukakan borang permohonan untuk jawatan pembantu tadbir salah sebauah bank di samping memohon jawatan pegawai lembaga pelabuhan-pelabuhan Sabah.Saya juga mengisi borang untuk memasuki maktab perguruan.Tiga borang permohonan telah diuruskan,menunggu yang mana akan akan lulus.Menanti dan menunggu nasip seperti seorang pengail ikan.Tiga minggu datang surat daripada bank berkenaan.Keputusan...dukacita.Menyusul panggilan temuduga daripada Jabatan Pelajaran Malaysia.Panggilan masuk maktab sudah memastikan saya akan menjadi seorang guru.Dua minggu selepas orientasi maktab surat panggilan temu duga daripada lembaga pelabuhan-pelabuhan Sabah saya abaikan. |
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
