|
||||||||||
Isu PPSMI + Lulus Bahasa Inggeris, Lulus SPM!!!Isu PPSMI yang telah makin serius setelah kerajaan mengumumkan perlunya Bahasa Inggeris lulus bagi lulus SPM akan meledakkan lagi perspektif yang serong terhadap PPSMI. Saya tidak faham mengapa ada pihak yang mengharamkan benda ini, sedangkan saya sendiri sebagai pelajar tidaklah mengharamkan benda ini dan melihatnya sebagai satu medium yang sesuai untuk menaikkan taraf bahasa inggeris saya.
Apabila isu ini digembar-gemburkan oleh pihak berkepentingan politik atau yang sudah dahagakan populariti, pelbagai sebab dan alasan sengaja dikorek bagi membangkang isu ini tanpa berfikir luas akan sebab dan akibat perbuaatan jahil mereka itu. Saya sungguh kecewa mengapa suara pelajar sekolah itu tidak didengari malah suara entah sesiapa yang tiada kaitan dan menyibuk dalam isu ini pula didengari. Saya tidak pasti jika orang luar bandar tidak boleh bertutur bahasa inggeris. Saya optimis dulu datuk nenek kita juga dari luar bandar, mereka hidup susah, jadi mereka ke bandar dan menyahut cabaran untuk berjaya. Zaman dahulu, datuk nenek moyang kita belajar disekolah inggeris tetapi masih seorang orang luar bandar juga bagi yang bersekolah inggeris apatah lagi gurunya orang barat pula dengan loghat yang susah untuk difahami. Tetapi, hari ini mereka berjaya. Ini kerana mereka menyahut cabaran! Isi disini adalah kita mesti menyahut cabaran untuk berjaya dan adakah rakyat malaysia ini semuanya lembik?! penakut?! Jadi marilah kita menyahut cabaran! Adakah rakyat kita ini dianggap bodoh atau tak berotak oleh pihak yang membangkang dengan mengatakan orang luar bandar tidak boleh menguasai bahasa inggeris sedangkan jika bukan sekarang kita mula, bila lagi kita hendak mula berubah menjadi masyarakat global?! Dalam Al-Quran sendiri, menuntut kita supaya mempelajari semua ilmu yang baik supaya dapat menjadi orang yang berilmu dan berguna kepada bangsa, negara dan agama dan mengapa ahli ulama' yang kononnya pandai dalam hal ehwal agama tetapi terlepas pandang pula hal ini? Sampai bila kita nak kata orang kampong tidak boleh menggunakan bahasa inggeris?! Kita mesti mengubahnya hari ini jika tidak sampai kiamat pun tetap sama. Orang kampung bukanlah seperti yang mereka katakan, kita makan nasi depa makan nasi juga. Jadi mengapa harus ada jurang dikampong dan bandar dan kemudahan ICT juga ada dikampong. Mengapa ada pihak tertentu ingin sangat membangkang isu ini? Sedangkan ianya diasaskan untuk kebaikan kita semua. Orang melayu harus belajar bahasa inggeris kerana dengan bahasa ini mereka akan mempunyai bahasa kedua dan orang cina dan india akan menggunakan ini sebagai bahasa ketiga mereka kerana bahasa ibunda dan bahasa melayu adalah banyak dituturkan. Tidak salah bagi semua orang untuk mempelajari sesuatu bahasa itu. Saya berharap sangat, bukan sahaja ahli politik, tetapi rakyat yang suka berpoltik yang membangkang isu ini berfikir luas-luas yang mana banyak kebaikan PPSMI ini dan bukan terus menrjah sahaja bahawa ini adalah sesuatu yang memudaratkan anak bangsa sendiri sedangkan ada orang yang membangkang bahasa inggeris tetapi dirumah seharian bertutur bahasa inggeris. Banyak orang telah memberi pandangan tentang hal ini, begitu juga dengan cadangan YAB Menteri Pelajaran mewajibkan lulus bahasa inggeris sebagai syarat lulus spm. Saya fikir hal ini boleh diterima dan harus dijadikan cabaran kepada semua generasi muda untuk terus berjaya dan gemilang serta melonjakkan nama negara dipersada dunia yang menyatakan rakyat malaysia adalah seimbang dengan pencapaian ekonomi dan modal insan yang merangkumi akademik dan kokurikulum serta sahsiah diri untuk Malaysia menjadi kuasa besar dunia yang dihormati bukan kerana senjatanya sahaja yang canggih tetapi pemikiran rakyatnya yang canggih dan memegang kepada prinsip agama masing-masing! by Mohd Syameer Firdaus
TAJUK ANDA DI SINI Petikan daripada Http://gempakgile.blogspot.com Anonymous Semasa diilhamkan perlaksanaan PPSMI tak ada terlintas dalam fikiran Tun Dr.Mahathir dan orang Melayu lain yang BM akan tergugat,tersngkur,hilang identitinya dan pudar popularitinya jika [PPSMI] diterapkan dalam pengajaran SN dan M3 dalam BI.Pengamal dan orang Melayu itu sendiri yang tidak ada cara untuk memajukan BM lalu mencari satu kesempatan dan alasan...mansuhkan agenda PPSMI.Lantang dan berani ayam tambatan yang antara lain tokoh yang dihormati dan dikenali.Mengapa mereka-mereka ini berdiam diri semasa isu ini di ketengah dan dibahas di dewan rakyat dulu?Mengapa sekarang tunjuk belang masa Tun Dr.Mahathir jadi PM semuanya macam tikus kecil...?Adakah kita lupakan begitu sahaja kerugian kerajaan membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk merancang melaksanakan dan membekalkan peralatan seperti komputer riba,lcd,screen,courseware dan software serta seumpamanya semata-mata untuk penerokaan ilmu yang berguna kepada orang Melayu itu sendiri... August 26, 2009 3:07 PM
by Saidi Liasan. |
Isu PPSMI lagi?!Ruangan-ruangan blog dan forum bagaikan cendawan yang baru tumbuh selepas hujan. Setiap hari beratus-ratus laman forum dan blog baru ditubuhkan dan sejauh manakah keberkesanannya. Tidak terkejut jika bagi saya untuk melihat terlampau banyak laman blog dan forum diluar sana yang membicarakan dan mengkonkluskan isu ini. Saya sendiri telah melontarkan pendapat saya sana sini. Tapi persoalannya sejauh manakah keberkesanan penulisan penulis-penulis yang memperjuangkan isu ini dimata kerajaan?
Saya dengar beberapa minggu yang lalu, kertas kerja PPSMI sudah sedia untuk dibentangkan namun beberapa hari yang lalu keputusan dibuat oleh pihak kementerian bagi mengkaji semula isu ini. Umum tahu bahawa bahawa pihak pembangkang isu ini lebih popular cadangan dan suaranya berbanding mereka yang menyokongnya demi kebaikan sejagat. Tidak perlu lagi nak disebutkan beratus-ratus sebab dan kebaikan untuk menyokong PPSMI ini kerana saya tahu anda sudah sedia maklum akan hal-perihalnya. Saya optimis jika anda seorang pengguna laman web yang tahu tentang PPSMI pastinya akan mencari dalam enjin gelintar laman web seperti 'Google' atau 'Yahoo!' untuk membaca artikel mengenainya. Cadangan yang keluar adalah beribu-ribu sampai tidak terbaca dibuatnya bukan? Tapi adakah kita yang memperjuangkan PPSMI ini lebih popular dari mereka yang membangkangnya? Tidak untuk kepastian. Kadang-kadang apabila politik telah menjadi keutamaan sesetengah pihak, isu PPSMI yang merupakan titik-tolak dan penentu masa hadapan seluruh generasi masa akan datang rakyat Malaysia diperjudikan begitu sahaja tanpa melihat akan akibat dan kesan yang suatu hari nanti tidak boleh dikesali lagi! Berjuta alasan dibuat atas dasar kepentingan diri sendiri sebab mungkin atas dasar berpolitik, takut anak tak lulus ujian, dahagakan populariti dan sebagainya. Saya terbaca juga yang pihak kerajaan pusat yang kita sayangi ini akan meneliti kajian bebas yang dilakukan oleh badan bebas terhadap PPSMI ini. Saya yakin yang pendapat ini akan membawa kepada kebaikan sejagat cuma janganlah yang mengkaji itu berat sebelah dan ada kepentingan diri kerana kita takut nanti akan membinasakan anak bangsa sendiri. Kajian yang dilakukan itu seharusnya melibatkan badan bebas yang panelnya adalah merangkumi secara keseluruhan dari pelajar sekolah hinggalah ke cerdik pandai dan cendiakawan semuanya agar keputusannya nanti tidaklah akan ada ketidak puashatian nanti. Seperti yang dikatakan oleh pihak kementerian, rumusan meja bulat dahulu tidak akan diguna pakai dan akan mengguna pakai pandangan badan bebas, harap perkara ni dapatlah dimuktamadkan secepat mungkin kerana kalau dibiar lama-lama takut akan menjadi makin rumit perkara ini sebab saya fakir ada pihak cuba mengambil kesempatan ke atas isu ini seperti penunjukan perasaan yang berlaku dulu dalam menentang PPSMI ini. Ruangan blog dan forum juga banyak yang membicarakan tentang isu ini dan saya berharap para penulis blog semuanya bolehlah bersatu membentuk badan bebas untuk membuat kajian tentang hal ini supaya hal ini lebih jelas lagi bagi semua penulis blog dan masyarakat umum. Memang ada pihak yang mempunyai pendapat sendiri tetapi lebih baik kita bersatu membentuk satu badan bebas bagi mengkaji isu ini sedalam-dalamnya agar kita dapat kepuasan dari hasil kajian ini nanti. Akhirnya, saya tidak nampak apa ruginya kalau kita meneruskan PPSMI ini malah ianya akan memanfaatkan semua orang kerana banyak sebab dan alasan yang diberikan itu tidak perlu diterangkan lagi kerana kita sudah sedia maklum akan hal perihalnya yang mana sebab membangkang itu adalah tidak logik langung. Semoga keputusan yang wajar dapat dibuat demi kepentingan semua pihak dan kebaikan kita semua. by Mohd Syameer Firdaus
TAJUK ANDA DI SINI Tokoh Ini Antara Orang kuat meruntuh dan memansuhkan PPSMI? Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said yang sebelum ini berteka-teki tentang kehadiran beliau akhirnya muncul buat pertama kali dalam program sebegitu. Ulasan: Sepatutnya ketokohan yang ada serupa ini tidak terbabit dan mempergunakan isu remeh untuk meranapkan PPSMI.Carilah kaedah dan cara lain untuk memperkasa bahasa ibunda[Melayu]yang didakwa tercorot,terabai,terancam gara-gara menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa penyampai dalam mata pelajaran Sains dan Matematik PPSMI mansuh apa lonjakan dan jaminan bahawa Bahasa Melayu akan tersohor atau terus dikagumi diperingkat antarabangsa kelak? Apa peranan tokoh-tokoh berkenaan sesudah mansuh PPSMI kelak...?
|
PPSMI, Penghujungnya sampai disini! (Tan Sri Muhyiddin Yasin mengumumkan PPSMI dimansuhkan) Setelah bertahun lamanya kita bergaduh, berperang mulut, berpiket sana sini, dan akhirnya pada 8 Julai 2009, semuanya terjawab apabila pihak Kementerian Pelajaran dengan sebulat suara memilih bagi memansuhkan PPSMI.
Ada pihak yang kecewa, sedih dan sebagainya selain ada juga yang gembira kerana ianya dimansuhkan. Alasan kementerian ianya tidak mencapai hala tuju sebenarnya. Yang saya pelik itu, bukannya rata-rata rakyat membangkang PPSMI, tetapi hal ini dijadikan 'Jualan Hebat' oleh sesetengah ahli politik dan juga orang yang suka berpolitik sehingga sanggup memperjudikan akan nasib dan masa hadapan bangsa sendiri serta seluruh rakyat Malaysia!!! Bagaimanapun, saya disini masih lagi menyokong pihak kementerian dengan usaha mereka menambahkan masa pembelajaran Bahasa Inggeris di sekolah-sekolah. Bahasa Inggeris harus didalami kerana bukannya nanti apabila seseorang itu telah menjadi graduan universiti tetapi masih lagi bertutur Bahasa Inggeris dalam loghat pelajar sekolah. Hal ini sungguh memalukan dan membuktikan pelajar-pelajar sekolah di Malaysia kurang bermutu yang 'Berorientasikan Peperiksaan' iaitu mementingkan peperiksaan dengan mencuba sedaya upaya melepasi halangan seperti PPSMI tanpa berusaha mengatasi halangan tersebut selain bergiat lebih aktif dalam aktiviti kokurikulum. Berbeza dengan pelajar berorientasi peperiksaan, pelajar yang seimbang akan belajar kerana dia minat dan ada perasaan ingin tahu yang mendalam dalam subjek itu dan dia juga akan meluangkan masa untuk aktiviti kokurikulum. Tema-tema, perkataan khusus yang telah di jadikan standard antarabangsa (S.I Unit) apabila dimelayukan akan menjadi ganjil. Contoh paling mudah, Centimetre di Melayukan kepada Sentimeter dan Perpendicular Bisector di Melayukan kepada Pembahagi dua sama serenjang. Alangkah jauh beza bunyinya, jadi jika ilmu itu bukan dalam bahasa kita, maka kita harus mempelajari ilmu itu dalam bahasa itu dan kita juga akan secara tidak langsung menguasai satu lagi bahasa. Malah, perkataan pindaan Inggeris ke Melayu akan merosakkan lagi Bahasa Melayu ini yang unik walaupun berkongsi perkataan dengan sesetengah Bahasa lain seperti Portugis, Arab, Sanskrit dan Inggeris yang merangkumi perkataan seperti Jendela, Masjid dan sebagainya.
(Antara golongan yang membangkang PPSMI) Apapun, sudah tidak berbaloi untuk ditulis apa-apa lagi kerana perjuangan terhenti disini. Kita lihat bagaimana suatu hari nanti apabila generasi masa hadapan akan menyalahkan generasi hari ini kerana tidak berfikiran jauh, pelajar yang tidak mampu menguasai Bahasa Inggeris akan menghadapi masalah memahami tema-tema yang digunakan dalam dunia sebenar yang ditulis dalam Bahasa Inggeris dan akan dipinggirkan dari persada antarabangsa yang memerlukan seseorang itu memahami Bahasa Inggeris sebagai bahasa komunikasi dan perantaraan. *********************************************
BANTUAN KERAJAAN KEPADA PELAJAR TERSASAR? Sebagai rakyat Malaysia semestinya berbangga dan patut berterima kasih kepada kerajaan kerana telah memikirkan dan memperuntukkan kewangan dalam jumlah yang begitu banyak semata-mata membantu sesiapa sahaja ibu bapa yang tidak begitu berkemampuan untuk membiayai keperluan anak-anak mereka yang sedang belajar terutama sekali di peringkat sekolah rendah. Di peringkat sekolah rendah sahaja terdapat Bantuan:- a. Kumpulan Wang Amanah Pelajar Miskin (KWAPM) b. Skim Baucer Tuisyen (SBT) c. Rancangan Makanan Tambahan Sekolah (RMTS) d. Alat Tulis seperti buku dan Pen e. Bantuan Pakaian Seperti Baju\Seluar\Kasut f. Bantuan Pakaian Uniform Untuk Gerak Kerja Kokurikulum[bantuan yang terbaru] Begitu prihatin dan bersungguh-sungguh pihak kerajaan ingin membantu golongan kurang mampu untuk terus dapat bersaing dan menempatkan peluang sama rata kepada golongan berkemampuan. APA YANG MENGECEWAKAN adalah pencapaian\penguasaan\peningkatan dan daya saing pelajar kumpulan sasar ini tidak dapat dilihat keberkesanannya seperti yang diharapkan oleh kerajaan.Tidak ada peningkatan bak kata orang itu...itu juga. Sepatutnya rasa terima kasih kepada kerajaan harus ditunjukkan dengan pencapaian dan peningkatan memberangsangkan dalam semua aspek pembelajaran.Apa dah jadi...Benarkah atau betulkah wang yang diterima oleh ibu bapa itu diguna sepenuhnya untuk membiayai keperluan anak-anak mereka dalam melengkapkan segela keperluan pelajar berkenaan.Yang menerima KWAPM kita lihat murid itu...kasutnya koyak rabak,baju\seluar lusuh dan nampak itu..itu juga sepanjang tahun,alat tulis tidak mencukupi guru minta beli tali leher pun tak kesampaian sampai hujung tahun.Kemana pergi wang bantuan itu....Wang diterima hari ini....esoknya sudah habis...Dahlah tak ada yuran persekolahan lagi....apa lagi beban ibu bapa sekarang ini.....???? Saya berpendapat kemewahan yang diberikan oleh kerajaan ini di tarik balik....biar macam dulu-dulu lagi ada keazaman murid belajar lagi kuat semangat ibu bapa melihat pencapaian anak-anak mereka lagi kukuh atas kemiskinan jadi pendorong memajukan pelajaran anak-anak. |
||||||||

